Friday, 9 May 2014

Chocolate Indulgence Cake and Butterscotch Cake!!!

Untuk masa sekarang, The Little Kitchen hanya menerima tempahan untuk Chocolate Indulgence Cake dan Butterscotch Cake dan juga cupcake. Bakal menyusul pilihan kek yang pelbagai mengikut pilihan para pelanggan. Untuk jenis-jenis kek yang menjadi pilihan para pelanggan, boleh hubungi The Little Kitchen of HR. Bergantung kepada masa dan availability admin. The Little Kitchen of HR akan sedaya upaya cuba merialisasikan impian korang okay :). Untuk harga boleh contact di sini

Butterscotch Cake

Nampak tak kat dalam pon ada walnut okay!

Chocolate Indulgence

Keratan rentas ye

Bunga-bunga cinta gtu :p



Cookies

Haiiiii~ ni update pasal cookies yang yummylicious sangat. menyesal xcuba tau. dah cuba confirm nak lagi..hehe... The Little Kitchen of HR ada menjual product cookies seperti di bawah...kalau korang nak order sila contact sini ye. Seperti biasa, kena pre-order sebab we serve you only the fresh cookies! At least 2-3 hari sebelum korang nak tau! Boleh self pick-up atau pos ok...Untuk self pick-up area Gombak Setia ye...nak alamat sila contact eh... ade delivery if beli 3 cookies and above. Charges depends on area delivery lah yea.



Dari kiri~ Oats & Raisin Cookies, Cornflakes Custard, dan Chocolate Chips Cookies         


Makanan sunnah

Assalamualaikum...Hai korang...The Little Kitchen of HR actually ade menjual makanan-makanan sunnah jugak...elok untuk kesihatan kita.. Seperti yang semua sedia maklum ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Sama-sama kita baiki diri ye kawan-kawan :)

Banyak khasiatnya pemakanan sunnah ni. Nanti ada masa admin akan kupaskan satu persatu yea...sekarang jom kita layankan dulu apa yang The Little Kitchen of HR sediakan...sesapa yang nak membeli, jangan segan silu contact admin ye, di sini


Golden Dates

Medjoul Dates (Jumbo)

Medjoul Dates

Maryami Dates (500gram)

Habbatussauda

Golden Kismis, Dried Kiwi and Pistachio

Sets of Makanan Sunnah with Air Zam-zam

Pretzel and Marsmallow Choco

Waitttt....kenapa choco? Hahaha... dah lama  ade productnya tapi lemaunya nak berupdate kat blog. xmenang tangan nak mengupdate..al-maklumlah xde pembantu kan... korang bleh tgk product kat bawah ni ok...ai gabungkan je... ade apa2 korang nak order, roger je tau... boleh contact The Little Kitchen kat sini


Dark Choco Piping White Choco

Almond Choco

Oreo Choco

Dark Choco

Marsmallow Choco

Karipap

Karipap!!! Ade ke yang xkenal nama makanan ni???

Hehehe...kalau dah namanya rakyat Malaysia, haruslah kenal kan... Sebab karipap ni bukan saje famous kat Malaysia uols... Makanan paling famous ni dekat Malaysia, Thailand, Singapura, seantaro dunia la kisahnya. 

Karipap ni ade banyak jenis, bergantung kepada intinya lah kan..ade yang suka buat mini karipap..intinya dah tentulah serunding...tapi The little kitchen of HR menyediakan karipap sejuk beku, omputih cakap frozen curry puff! Kalau nak yang fresh pon boleh, bisa di atur tapi silalah contact dulu ye untuk nyatakan bila mahunya, nak berapa biji...kalau terjah, haruslah redha kalau karipapnya out of stock ye :). 

Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ade juga yang buat guna keledek, lebih manis katanya tapi The Little Kitchen of HR guna inti kentang ye customer ku tersayang. 

Antara inti karipap yang ade kat TLK of HR ni...

1) Inti Daging
2) Inti Ayam
3) Inti Sardin

Dengar kata kalau kat Johor, karipap ni dorang panggil epok-epok. Omputeh panggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap Malaysia lah kan. Ade yang gemok gedabak curry puff nya... ade inti mushroom lagi kat sana... InshaAllah soon, TLK of HR akan pelbagaikan intinya yea...stay tune!!!! 

Oklah, kalau korang nak order, boleh contact sini.


Honey Cornflakes (Cornflakes Madu)

Haiiii semua...sape xkenal cornflakes madu ni meh angkat tangan... kat atas ni la dalam gambar tu namanya cornflakes madu!!!! or omputih panggil honey cornflakes... sedap ok. ade rasa madu, rasa cornflakes, rasa colourful ball rice tu..ade jugak yang letak almond slice tau...tapi harga haruslah harga almond kan... hehe.

Dalam balang ni ade 50pcs, harga mampu milik, 100% dijamin. hehe. Eh, kalau korang nak order, kena pre-order tau... at least sehari dua sebelum korang nak...bukan apa, takut korang terjah and xde ready stock kecewa korang nti...kalau ade ready stock haruslah ai update ok... sebab ai suka freshly made khas untuk customer terchenta i... 

Untuk musim perayaan, sila pre-order lebih awal ye... 2 3 weeks before raya ok!

Kalau sesapa nak order, meh contact ai kat sini.



Popia Simpul






Popia simpul merupakan antara makanan ringan yang agak popular di kalangan masyarakat Melayu dan mungkin juga di kalangan rakyat Malaysia yang lain. Popia ni sedap tau makan pagi, petang, siang, malam... hehe... Ai guna inti ikan~ serunding ikan. Resepi rahsia bonda...boleh gitu?

Ade jual per kilo, ade per 500 gram... kalau korang nak order... roger2 la okay! Boleh contact ai kat sini.  Di jamin sedap okay! Harga?? Mampu milik uols. Ai jamin okay...

Kuih Siput



Kuih Siput

Kenapa namanya kuih siput? Haha..maybe sebab rupanya macam cengkerang kan...or omputih panggil shell snack gtu!Mostly kat Malaysia ni orang jual kuih siput ni masa nak raya kan... sebab nak mensiput kuih ni alahai makan masa dan kena banyak bersabar. sebab kena buat manual okay!!! baru menjadi cantik siputnya. kalau dah sekilo dik oiiii tepungnya... hehe..agak2 berapa lama baru siap mensiput? ai pernah buat almost 4-5 hours tau nak mensiput sekilo adunan...senget benget pinggang ai tau...

Kuih siput merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dan tepung ubi dan mentega. Ia kemudian dicampur rempah dan dibentuk siput dengan menggunakan acuan sebelum digoreng dengan minyak masak menggunakan api serdahana perlahan sehinga ia kekuningan dan di angkat, sedia untuk dihidangkan. Sekiranya api terlalu perlahan, adunan tersebut mungkin akan menyerap minyak dan tidak garing. Keadaan ini dikenali sebagai kembang minyak.

Oklah sesapa yang xnak senget benget pinggangnya tu, meh order sini... Ai ade jual. Tapi kenalah contact ai dulu okay...normally ai buat pre-order... if ade ready stock confirm i roger2 kat blog ni or facebook. Rasa??! Haruslah sedap. Sebab i punya motto~ cooked, baked and served with LOVE gtu. I sediakan yang terbaik aje ok untuk uols semua. Harga ikut gram ye uols! Nak order, nak tanya harga, nak risik2 je... boleh contact ai ok kat sini.  

Boleh request nak berapa gram ok...masa nak whatsapp tu, cuba bagitau nama, nak tanya apa...senang sikit ai nak menjawab :)


sila click sini untuk balik ke menu utama.